Monday, June 27, 2011

dobi naik harga

Wah sume barang naik harga, dobi pun naik gak, dulu sekilo rm 2 skang rm2.50. mahal tu. aku dah malas anta dobi. skang aku rase kt malaysia sume benda naik harga.xtau la cmne nak idup. ngan gaji yg sikit rakyat malaysia memang terhimpit. dah la skang keje xbanyak. berpuluh ribu graduan universiti xde keje. membe2 grad dari tahun 2008 rmi lg xde keje. kalo keje pon keje xikut kelulusan. ade membe aku keje jd kelindan lori je.aku xtau dasar yg ade ni sesuai ke x. graduan punye la banyak tp keje xde. negara kita dah nak jd mcm india dah, kt india phd pon xde keje. kt malaysia membe aku yg grad master lom tentu dpt keje lg.
lg satu gaji kt malaysia sememang nye murah. kalo grad degree gaji lebih kurang rm1500 sebulan. kalo sehari makan rm15. sebulan rm 450. minyak lg. duit sewa lg. cmne la nak kawin. nak kawin kne buat loan. pastu hutang lg. manusia skang dah jd hamba hutang.
perhimpunan bersih nanti aku jamin mesti rmi yg dtg. sebab skang ni keadaan agak tertekan. keje xde. duit pon xde. golongan muda mesti akan bangkit sume. dieorng xde ape nak dirugikan. dieorang xde kepentingan. keje pon x. ape pon xde.
sepatut nye kerajaan kne prihatin la kot. wat ape nak abes juta2 wat perhimpunan belia 1 juta. last2 aktiviti pon xde follow up. yg penting sediakan ruang untuk anak muda ni untuk keje. dpt duit. dpt pelajaran yg lebih murah. nanti kerajaan gak untung melalui tax yg dieorang byr.

Saturday, June 18, 2011

broga oh broga

hari ni hari bersejarah .aku berjaya mendaki bukit broga. hahaha. aku pg 2 org je.yela bangi dari broga dekat je. aku start naik bukit tu kul 9 pg. sign board nye broga 1.7 km je dr bwh. mule membe aku tanye ko xbwk air ke. aku ngan slumber je ckp aku bwk sebotol kecik dah cukup. xsampai separuh air dah abes. hahaha. ini pengajaran pade aku. jgn kite pandang rendah sesuatu perkare sebelum kite buat. aku pandang rendah broga. hari ni aku nak pitam .pehhh. nasib baik sempat smpi puncak. begitu la hidup kite. kite jgn confident sgt, dgr ckp org broga senang naik trus menerus rase cmtu. kite pon jgn la takut sgt. biar sederhana je. aku naik broga 1 jam setengah dan turun setengah jam je. ade gunung wan man kt atas ni tp 3 km lagi dari puncak. xlarat dah aku.


ape pun puncak broga memang cantik. dtg la melihat sendiri keindahan alam ciptaan ALLAH.

Wednesday, June 15, 2011

syukur

syukur, completed gak status aku sebagai student. xlarat dah aku belajar. memang aku sgt bersyukur dgn rahmat dari ALLAH. Mule aku pon x berape yakin dpt grad ke x. tp aku selalu berdoa agar dpt grad. syukur doa aku dimakbulkan. aku selalu berpegang pade satu pepatah brader najib bg kt aku ( abg najib ni classmate aku) . pepatah die ialah tiada yang mustahil dalam dunia ni. die ckp die belajar benda ni time dalam tentera dulu.
sume yang jadi kt aku sume nye pertolongan dari ALLAH. mak ayah aku pon banyak supot. sape sangke anak penoreh getah cm aku bole berjaya. aku selalu hairan nape ngan org skang ni mcm xpenah nak bersyukur. selalu menyalahkan takdir. selalu complaint nape doa dierong x dimakbulkan. sume tu ade hikmah la. manusia selalu nye tamak. bile dah diberi satu nikmat pasti nak lagi. anak adam kalo diberi segunung emas pasti die akan mintak segunung lagi.
doa la pasti akan dimakbulkan. cume mase je menentukan. kalo xdimakbulkan pon mesti ade hikmah nye.

Wednesday, June 8, 2011

the future belongs for those who prepared it today- malcom x

Malcolm X dilahirkan di Omaha pada tahun 1925 dalam sebuah keluarga besar – 10 orang adik beradik. Bapanya adalah penganut agama kristian yang kuat. Sejak kecil hidupnya berpindah randah mengikut ibu bapanya.

Mereka akhirnya menetap di Lancing, Machigan. Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Malcolm X masih remaja.

Malcolm X membesar sebagai anak kulit hitam yang lain, yang menghadapi diskriminasi dan tekanan daripada golongan kulit putih. Malcolm X meninggalkan sekolah lebih awal dan mencari kerja di New York. Dia bekerja sebagai pelayan di Harlem.

Kehidupan yang sukar menyebabkan dia mula menjual dadah – Marijuana dan menjadi penagih kokain. Beliau kemudiannya menjadi perompak dan pada tahun 1946 dia ditangkap dan dipenjara.

Di dalam penjaralah Malcolm X mengenal Islam melalui pemimpin kulit hitam Elijah Muhammad. Selain Islam, Malcolm X juga mendapat Ilmu dari buku-buku yang dibacanya. Di sinilah Malcolm X mengasah bakat kepimpinan dan daya intelektualnya. Elijah memperjuangkan Islam dengan pandangan yang penuh perkauman dan dendam terhadap kulit putih. Itulah pandangan Malcolm terhadap Islam yang dianutinya.

Malcolm X keluar dari penjara pada tahun 1952. Beliau menjadi pendakwah Islam sepenuh masa dan memperjuangkan Islam serta hak kesamaan kulit hitam dan kulit putih.

Kepintarannya berhujah dan memberikan idea menjadikan Malcolm X lebih popular dari daripada Elijah. Publisiti yang diterimanya dari akhbar dan TV menjadikan Malcolm X dicemburui oleh banyak orang termasuk Elijah.

Pada tahun 1963, Elijah menyingkirkan Malcolm X daripada gerakan Muslim kulit hitam. Malcolm menubuhkan kumpulan protesnya sendiri – Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (PPA-A).

Pandangan Malcolm X terhadap Islam dan fahaman perkauman berubah apabila beliau mendapat peluang mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1964. beliau mula memahami betapa indahnya konsep kesejagatan perdamaian dan keamanan yang diutarakan oleh Islam. Di Mekahlah juga Malcolm X menginsafi bahawa bukan semua orang kulit putih itu kejam dan bukan semua orang kulit hitam baik.

Malcolm X kembali ke Amerika dengan nama baru iaitu Al-Hajj Abdul Malik Al-Shabazz dan semangat baru memperjuangkan Islam. Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika yang diasaskannya membawa pendekatan yang lebih diplomatik dan sederhana, tidak lagi perkauman dan penuh dendam terhadap kulit putih.

Kumpulan ini bagaimanapun hanya dapat mengumpulkan sejumlah kecil penyokong pada saat Malcolm X dibunuh dengan kejam pada 1965.