Monday, November 11, 2013

awang lahir ni negara mahawangsa. negara kaya dengan hasil minyak, balak, sawit , tanah yang subur dan macam macam lagi. rakyat mahawangsa 28 juta. awang melayu. ada bangsa lain di mahawangsa. awaang lahir sebagai anak penoreh getah . kais pagi makan pagi kais petang makan petang. awang hendak berjaya. awng belajar belajar bersungguh. periksa upsr awang cemerlang. malangnya awang dapat sekolah biasa sahaja. mungkin awang anak orang miskin. xde kenal mana mana orang dalam.awang belajar bersungguh-sungguh pmr awang cemerlang. spm awang biasa biasa dpt masuk uitm. masuk uitm awang hairan dengan orang melayu. tempat paling rmi org islam tp kenapa tidak dijadikan tempat pembelajaran islam. sebalik nye sekularisme diterapkan. ptptn awang ambik. abes belajar awang dpt keje. keje mcm hamba tp gaji ciput.gaji memang ciput. awang dalam hutang ptptn. awang nak kahawin tiada duit. hutang ptptn memang zalim. awang graduan muda tapi terhimpit duduk di mahawangsa. mahawangsa ada cukai. awang kena bayar. mahawangsa barangan mahal. awang terpaksa beli. mahawangsa kaya tapi mana perginya hasil rakyat. zaman dahulu awng teringat sejarah mat kilau. mat kilau xpuas hati bila banyak cukai dikenakan. itu la hidup awang. seorang graduan tapi macam banduan.

Sunday, December 2, 2012

nasihat untuk wanita beriman

jika kita rajin meneliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w banyak antaranya ditujukan kepada wanita. Mengapakah agaknya Rasulullah s.a.w menujukan hadis itu kepada kaum wanita?adakah kerana kaum wanita banyak melakukan dosa berbanding kaum lelaki?mungkin ada antara kita sudah mengetahui penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita sehinggakan jumlah mereka yang menjadi penghuni neraka ini bagaikan satu kebimbangan. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W itu mungkin akan mengundang pertanyaan kepada mereka. Apakah kaum lelaki juga akan masuk neraka jika mereka juga melakukan perbuatan yang sama iaitu menyakiti hati isteri serta tidak bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kaum wanita? Sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w berkata " Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita. Rasulullah ditanya mengapa terjadi begitu? Rasulullah menjawab " Wanita itu mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya . Jika engkau berbuat baik kepada nya sebanyak mana pun, dia masih belum berpuas hati dan berasa cukup" Hadis sahih riwayat Al-Bukhari Sementara itu seorang isteri yang keluar rumah dari rumah suami tanpa izin , maka dia akan dilaknat oleh para malaikat dan semua makhluk dalam kalangan jin dan manusia sehingga dia kembali ke rumah tersebut tulisan dari buku 100 pesanan terakhir Rasulullah.. Ada pun zaman akhir ini telah hampir kepada kiamat. Lihat la wanita memakai pakaian tanpa sega silu mendedahkan aurat. Artis berpakaian seksi ke majlis tanpa segan silu menyebut syukur pada ALLAH jika menang anugerah. Perempuan berfesyen berlebih lebihan. Bertudung tapi tidak mengikut syariat yang betul. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Tuesday, April 24, 2012

gambaran hari kiamat

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!! - Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. - Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. - Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. - Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. - Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. - Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. - Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. - Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. - Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. - Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. - Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. - Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. - ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. - Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. - Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. - Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. - Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. - Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. - Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. - Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Sumber: Amar Sufi

Sunday, April 1, 2012

panjang angan- angan

telah bersabda Rasulullah SAW
"dua hal yang paling aku cemaskan  atas engkau: panjang angan - angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan - angan dapat melupakan Akhirat, sedang mengikuti hawa  nafsu  dapat menjauhkan diri dari kebenaran. " Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal ; orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya dan orang yang kikir harta benda, dengan kefakiran yang tidak kan kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya serta kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya."

Thursday, March 22, 2012

takut kepada Allah

"Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat . Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur . Yang sebelah lagi mencapai  bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy .Malaikat menyelam itu kemudian keluar dan mengibas - ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu mentis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat"

Saturday, December 31, 2011

2012

syukur pada Allah masih hidup hamba Mu ini Ya Allah di tahun 2012 ini. syukur setelah pelbagai cabaran yang mendatang pada 2011 dan akhirnya berjaya melangkah ke tahun baru masihi. tahun masihi direka oleh orang Kristian untuk mengingati kelahiran jesus christ.2012 bermaksud 2012 tahun dah  kelahiran nya.kita sebagai org Hendaklah banyak mengingati tahun hijrah berbanding tahun masihi. ada pon skang ialah bulan safar. jahiliah arab zaman dulu mengatakan bulan safar adalah bulan sial. sial ni xboleh diterima sama sekali dalam Islam. jangan kite percayakan perkara sial ini.menjelang tahun baru banyak acara maksiat yang dirancang.konsert merata tempat.konsert menggalakkan pergaulan bebas.tgk lah dalam 9 bulan lagi maka banyaklah bayi di buang merata tempat.perlu ke pergi konsert untuk sambut tahun baru. sambut lah tahun baru dengan rasa syukur yang kita masih bernafas lagi.sambut lah tahun dengan perasaan takut pada Allah.tahun baru menandakan usia kite semakin menghampiri hujung nya dan makin berkurangan,
zaman ummat Nabi Muhamad kebanyakkan manusia hidup dalam 60 thun sahaja. gunakan lah umur yang pendek ini untuk beribadat pada Allah. jgn lah tgu usia tua baru nak insaf. igt lah ajal maut dtg xkira usia. jgn lah bila azab dtg baru nak insaf.pada zaman Nabi Nuh. Nabi Nuh berjumpa dengan seorang wanita. wanita itu menangis. Nabi Nuh bertanya wanita itu kenapa menangis.wanita itu berkata yang anaknya telah mati. Nabi Nuh bertanya berapa usia anak wanita itu. wanita itu berkata 300 tahun.anak wanita yang mati itu adalah anaknya yang paling kecil. Nabi Nuh berkata kepada wanita itu akan ada pada satu zaman yang orang akan hidup dalam lingkungan 60 tahun sahaja. wanita itu berkata kalo aku hidup pada zaman itu akan aku sujud syukur pada Allah. Nabi Nuh bertanya kenapa. wanita berkata dia akan menggunakan waktu yang pendek ini untuk beribadat kepada Allah.kita hidup di dunia sungguh pendek. guna la masa yang ada untuk beribadat dan menginsafi diri sendiri.sesungguhnya dunia sementara dan akhirat kekal selamanya.
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).

Friday, December 30, 2011

hormatilah ibu bapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. setiap kali die hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina . Suatu Hari Nabi Musa bertanya  kepada Allah " Ya Allah siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?" .ALLAH pun menjawab dengan  mengatakan nama orang itu. kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jwapan Nabi Musa turun dari bukit tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya smapai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu . Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa . Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar . babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya "apahal ini?, kata Nabi Musa penuh kehairanan.babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. setelah itu babi iti dilap smapai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi  dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. abai itu dimandikan dan dibersihkan .kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih syg. babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "wahai saudara apa agama kamu?". "aku agama tauhid" jwab pemuda itu iaitu agama Islam, "habis mengapa kamu membela babi.kita tidak boleh berbuat begitu " kata Nabi Musa.
wahai tuan hamba  . kata pemuda itu. "sebenarnya  kedua babi itu  adalalah ibu bapa kandung ku. oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya . soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain .itu urusan nya dengan Allah. aku sebagai anak tetap melaksanakan kewajipan ku sebagai anak. hari hari aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. walaupun rupa mereka sudah menjadi babi aku tetap melaksankan tugas ku.
setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan . Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu.maka ketika itu ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa.'wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti , hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pon dia berbakti juga . Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi kami.Allah juga berfirman lagi bermaksud " oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi KAMI. maka KAMI angkat doanya . tempat kedua ibu bapanya yang KAMI sediakan dalam neraka kami  pindahkan ke dalam syurga "
itulah berkat anakyang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk neraka pindah ke syurga . ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya.