Sunday, December 2, 2012

nasihat untuk wanita beriman

jika kita rajin meneliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w banyak antaranya ditujukan kepada wanita. Mengapakah agaknya Rasulullah s.a.w menujukan hadis itu kepada kaum wanita?adakah kerana kaum wanita banyak melakukan dosa berbanding kaum lelaki?mungkin ada antara kita sudah mengetahui penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita sehinggakan jumlah mereka yang menjadi penghuni neraka ini bagaikan satu kebimbangan. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W itu mungkin akan mengundang pertanyaan kepada mereka. Apakah kaum lelaki juga akan masuk neraka jika mereka juga melakukan perbuatan yang sama iaitu menyakiti hati isteri serta tidak bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kaum wanita? Sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w berkata " Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita. Rasulullah ditanya mengapa terjadi begitu? Rasulullah menjawab " Wanita itu mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya . Jika engkau berbuat baik kepada nya sebanyak mana pun, dia masih belum berpuas hati dan berasa cukup" Hadis sahih riwayat Al-Bukhari Sementara itu seorang isteri yang keluar rumah dari rumah suami tanpa izin , maka dia akan dilaknat oleh para malaikat dan semua makhluk dalam kalangan jin dan manusia sehingga dia kembali ke rumah tersebut tulisan dari buku 100 pesanan terakhir Rasulullah.. Ada pun zaman akhir ini telah hampir kepada kiamat. Lihat la wanita memakai pakaian tanpa sega silu mendedahkan aurat. Artis berpakaian seksi ke majlis tanpa segan silu menyebut syukur pada ALLAH jika menang anugerah. Perempuan berfesyen berlebih lebihan. Bertudung tapi tidak mengikut syariat yang betul. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

No comments:

Post a Comment