Saturday, December 31, 2011

2012

syukur pada Allah masih hidup hamba Mu ini Ya Allah di tahun 2012 ini. syukur setelah pelbagai cabaran yang mendatang pada 2011 dan akhirnya berjaya melangkah ke tahun baru masihi. tahun masihi direka oleh orang Kristian untuk mengingati kelahiran jesus christ.2012 bermaksud 2012 tahun dah  kelahiran nya.kita sebagai org Hendaklah banyak mengingati tahun hijrah berbanding tahun masihi. ada pon skang ialah bulan safar. jahiliah arab zaman dulu mengatakan bulan safar adalah bulan sial. sial ni xboleh diterima sama sekali dalam Islam. jangan kite percayakan perkara sial ini.menjelang tahun baru banyak acara maksiat yang dirancang.konsert merata tempat.konsert menggalakkan pergaulan bebas.tgk lah dalam 9 bulan lagi maka banyaklah bayi di buang merata tempat.perlu ke pergi konsert untuk sambut tahun baru. sambut lah tahun baru dengan rasa syukur yang kita masih bernafas lagi.sambut lah tahun dengan perasaan takut pada Allah.tahun baru menandakan usia kite semakin menghampiri hujung nya dan makin berkurangan,
zaman ummat Nabi Muhamad kebanyakkan manusia hidup dalam 60 thun sahaja. gunakan lah umur yang pendek ini untuk beribadat pada Allah. jgn lah tgu usia tua baru nak insaf. igt lah ajal maut dtg xkira usia. jgn lah bila azab dtg baru nak insaf.pada zaman Nabi Nuh. Nabi Nuh berjumpa dengan seorang wanita. wanita itu menangis. Nabi Nuh bertanya wanita itu kenapa menangis.wanita itu berkata yang anaknya telah mati. Nabi Nuh bertanya berapa usia anak wanita itu. wanita itu berkata 300 tahun.anak wanita yang mati itu adalah anaknya yang paling kecil. Nabi Nuh berkata kepada wanita itu akan ada pada satu zaman yang orang akan hidup dalam lingkungan 60 tahun sahaja. wanita itu berkata kalo aku hidup pada zaman itu akan aku sujud syukur pada Allah. Nabi Nuh bertanya kenapa. wanita berkata dia akan menggunakan waktu yang pendek ini untuk beribadat kepada Allah.kita hidup di dunia sungguh pendek. guna la masa yang ada untuk beribadat dan menginsafi diri sendiri.sesungguhnya dunia sementara dan akhirat kekal selamanya.
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).

Friday, December 30, 2011

hormatilah ibu bapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. setiap kali die hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina . Suatu Hari Nabi Musa bertanya  kepada Allah " Ya Allah siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?" .ALLAH pun menjawab dengan  mengatakan nama orang itu. kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jwapan Nabi Musa turun dari bukit tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya smapai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu . Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa . Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar . babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya "apahal ini?, kata Nabi Musa penuh kehairanan.babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. setelah itu babi iti dilap smapai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi  dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. abai itu dimandikan dan dibersihkan .kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih syg. babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "wahai saudara apa agama kamu?". "aku agama tauhid" jwab pemuda itu iaitu agama Islam, "habis mengapa kamu membela babi.kita tidak boleh berbuat begitu " kata Nabi Musa.
wahai tuan hamba  . kata pemuda itu. "sebenarnya  kedua babi itu  adalalah ibu bapa kandung ku. oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya . soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain .itu urusan nya dengan Allah. aku sebagai anak tetap melaksanakan kewajipan ku sebagai anak. hari hari aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. walaupun rupa mereka sudah menjadi babi aku tetap melaksankan tugas ku.
setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan . Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu.maka ketika itu ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa.'wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti , hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pon dia berbakti juga . Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi kami.Allah juga berfirman lagi bermaksud " oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi KAMI. maka KAMI angkat doanya . tempat kedua ibu bapanya yang KAMI sediakan dalam neraka kami  pindahkan ke dalam syurga "
itulah berkat anakyang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk neraka pindah ke syurga . ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya.

Monday, December 19, 2011

masa

ajaib betul masa berlalu, begitu cepat tahun 2011 nak abes. rase mcm baru je melangkah ke 2011 tp skang nak masuk 2012 dah. waktu2 akhir membuat aku berfikir ape dah aku wat dari awal tahun. mcm2 kenangan manis dan pahit yang berlaku. cume waktu free aku berfikir yang banyak rahmat Allah yang telah di beri pada kita semua. dulu waktu kpli aku sangat busy dan terfikir nak pg melancong. tp waktu free ni plak duit xde. dulu ade duit tp xde masa, tp skang ade masa tp xde duit. begitulah lumrah alam. Apepon kite kne bersyukur dengan ape yang ade. kne la sentiasa beringat. igt 5 perkara sebelum 5 perkara. senang sebelum susah dan lapang sebelum sibuk antara nya. dulu aku xigt pon semua ni. skang baru la aku beringat.
waktu sekarang masa bergerak pantas, ni adalah salah satu tanda-tanda kiamat "zaman menjadi dekat (pendek), ilmu berkurangan , dicampakkan kebakhilan ( dlm jiwa ) dan banyaknya haraj' sahabat bertanya apa itu haraj . Nabi Bersabda 'bunuh dan bunuh' riwayat al-bukhari dan muslim.
begitulah zaman skang ni, masa begitu cepat sekali. 24 jam macam 12 jam je. dulu time rehat 20 minit kt sekolah rendah mcm2 org leh buat. skang ni 20 min ape je bole buat. dulu rehat 20 min kt sekolah rendah leh makan, pastu leh main cuit duduk lagi.
sekadar beringat, masa di dunia nak compare ngan akhirat sangat la berbeza, kalo rase kite dah banyak masa kt dunia ,jgn la tertipu. penuhi la masa di dunia dengan amal ibadat dan takut lah pada Allah.
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Sunday, December 18, 2011

setahun ber kpli

sedar xsedar dah setahun lame nye aku mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah. dah abes pon. syukur pada Allah akhirnya berjaya menghabiskan nya. berbagai cabaran yang dilalui. dari perkhemahan pengakap di teluk batik, perkhemahan pendidikan luar di pangkor dan perkhemahan bina insan guru di maktab je.

banyak ilmu yang diperolehi ilmu tentang subjek nak diajar sampaila kepada ilmu pedagogi. masuk kpli ni bnyk cabaran perlu dilalui. first ken orientasi ngan junior yg jauh lebih muda. mane ade universiti ke, kolej ke yang kne orientasi ngan junior. agak sakit hati gak la bile orang yang lebih muda nan menengking kite yang lebih tua. tp layan jela kite bagi peluang pada mereka. mereka baru nak mengenal dunia mungkin.
satu lagi cabaran ialah kebanyakkan orang menganggap cikgu kpli ni malas dan tidak proaktif. pada aku benda ni xbetul sama sekali.bukannye kpli menjadi kilang kepada cikgu yang malas. tetapi malas itu datang pada cikgu itu sendiri.banyak je cikgu lepasan maktab atau ipg pun 2 x 5 malas nye.
masa praktikal macam -macam aku belajar. kerja cikgu ni bukan mudah dan banyak tekanan nye. rmi nya memandang rendah profesion cikgu ni, padahal cikgu-cikgu ni la yg mendidik anak dieorang sendiri.manusia suke mencari silap orang padahal silap tu dtg dari sendiri.
aku dah lalui setahun kpli, kpli bukan sahaja mengajar aku menjadi cikgu .tp mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik.