Saturday, December 31, 2011

2012

syukur pada Allah masih hidup hamba Mu ini Ya Allah di tahun 2012 ini. syukur setelah pelbagai cabaran yang mendatang pada 2011 dan akhirnya berjaya melangkah ke tahun baru masihi. tahun masihi direka oleh orang Kristian untuk mengingati kelahiran jesus christ.2012 bermaksud 2012 tahun dah  kelahiran nya.kita sebagai org Hendaklah banyak mengingati tahun hijrah berbanding tahun masihi. ada pon skang ialah bulan safar. jahiliah arab zaman dulu mengatakan bulan safar adalah bulan sial. sial ni xboleh diterima sama sekali dalam Islam. jangan kite percayakan perkara sial ini.menjelang tahun baru banyak acara maksiat yang dirancang.konsert merata tempat.konsert menggalakkan pergaulan bebas.tgk lah dalam 9 bulan lagi maka banyaklah bayi di buang merata tempat.perlu ke pergi konsert untuk sambut tahun baru. sambut lah tahun baru dengan rasa syukur yang kita masih bernafas lagi.sambut lah tahun dengan perasaan takut pada Allah.tahun baru menandakan usia kite semakin menghampiri hujung nya dan makin berkurangan,
zaman ummat Nabi Muhamad kebanyakkan manusia hidup dalam 60 thun sahaja. gunakan lah umur yang pendek ini untuk beribadat pada Allah. jgn lah tgu usia tua baru nak insaf. igt lah ajal maut dtg xkira usia. jgn lah bila azab dtg baru nak insaf.pada zaman Nabi Nuh. Nabi Nuh berjumpa dengan seorang wanita. wanita itu menangis. Nabi Nuh bertanya wanita itu kenapa menangis.wanita itu berkata yang anaknya telah mati. Nabi Nuh bertanya berapa usia anak wanita itu. wanita itu berkata 300 tahun.anak wanita yang mati itu adalah anaknya yang paling kecil. Nabi Nuh berkata kepada wanita itu akan ada pada satu zaman yang orang akan hidup dalam lingkungan 60 tahun sahaja. wanita itu berkata kalo aku hidup pada zaman itu akan aku sujud syukur pada Allah. Nabi Nuh bertanya kenapa. wanita berkata dia akan menggunakan waktu yang pendek ini untuk beribadat kepada Allah.kita hidup di dunia sungguh pendek. guna la masa yang ada untuk beribadat dan menginsafi diri sendiri.sesungguhnya dunia sementara dan akhirat kekal selamanya.
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).

No comments:

Post a Comment