Friday, December 30, 2011

hormatilah ibu bapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. setiap kali die hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina . Suatu Hari Nabi Musa bertanya  kepada Allah " Ya Allah siapakah orang di syurga nanti akan berjiran dengan aku?" .ALLAH pun menjawab dengan  mengatakan nama orang itu. kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jwapan Nabi Musa turun dari bukit tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya smapai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu . Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa . Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar . babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya "apahal ini?, kata Nabi Musa penuh kehairanan.babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. setelah itu babi iti dilap smapai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi  dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. abai itu dimandikan dan dibersihkan .kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih syg. babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "wahai saudara apa agama kamu?". "aku agama tauhid" jwab pemuda itu iaitu agama Islam, "habis mengapa kamu membela babi.kita tidak boleh berbuat begitu " kata Nabi Musa.
wahai tuan hamba  . kata pemuda itu. "sebenarnya  kedua babi itu  adalalah ibu bapa kandung ku. oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya . soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain .itu urusan nya dengan Allah. aku sebagai anak tetap melaksanakan kewajipan ku sebagai anak. hari hari aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. walaupun rupa mereka sudah menjadi babi aku tetap melaksankan tugas ku.
setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan . Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu.maka ketika itu ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa.'wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti , hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pon dia berbakti juga . Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi kami.Allah juga berfirman lagi bermaksud " oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi KAMI. maka KAMI angkat doanya . tempat kedua ibu bapanya yang KAMI sediakan dalam neraka kami  pindahkan ke dalam syurga "
itulah berkat anakyang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk neraka pindah ke syurga . ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment